Tutorial : Cara-cara letak Watermark dalam gambar

Selalu kita letak gambar dalam blog atau facebook untuk kita share dengan kawan-kawan kita mengenai sesuatu perkara yang terjadi dalam hidup kita. Gambar selalu kita upload je tanpa letak sesuatu supaya gambar kita tidak diambil sesuka hati. Sesuatu itu apa ye? Sesuatu itu adalah watermark. Kalu kita letak watermark maka gambar kita terjamin sedikit kalu nak kena kidnap pun. Sebab ada tanda macam hak cipta lah bahawa itu adalah gambar kita. Jadi saya akan tunjukkan cara-cara nak letak watermark dalam gambar kita.

1. Open Photoscape dan pilih Editor iaitu bahagian yang dibulatkan dengan warna hijau.



2. Pilih gambar dari bulatan hijau. Ikut gambar mana yang nak diletakkan watermark. Sorry gambar terpaksa dikaburkan pada bulatan hijau.



3. Pastu pilih Object dan pilih icon gambar pada bulatan hijau.



4. Setelah itu satu selection window akan keluar dan pilih Photo seperti dalam bulatan hijau yang ditunjukkan.




5. Setelah itu akan keluar pop window untuk memilih fail watermark kita. Tapi ada satu peringatan fail watermark perlu .png bukan .jpg kalu tak bahagian putih di belakang watermark akan kelihatan.




6. Setelah itu fail watermark akan kelihatan di atas gambar yang kita pilih untuk letak watermark. Pop up window yang mempunyai bulatan hijau adalah pilihan untuk opacity iaitu untuk kurangkan kejelasan watermark pada picture. Kalu nak bagi watermark alah-alah tak nampak sangat maka kurangkan opacity nya. Kalu nak bagi watermark kelihatan jelas so tambahkan opacity nya.





7. Watermark ni boleh di resize mengikut kehendak masing-masing. Kalu nak besarkan maka besarkan lah. Kalu nak kecil maka kecilkan lah.




8. Maka kalu dah siap tekan button save di sebelah kanan. Save lah kat mana nak save




Dah siap pun dan hasilnya tengok lah kat bawah ni.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Apa2 pertanyaan
email ke
incrediblesdesign
[a]yahoo.com